Tuesday, 5 August 2014

PAPARAN UTAMA

NAMA PENSYARAH: USTAZ WAN NORIZAN
JABATAN: PERDAGANGAN
PROGRAM: DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
SESI: JUN 2014

TAJUK: SEJARAH DAN POLITIK 

NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO. KAD MATRIK: 

1) AHMAD HUSAINI BIN SUPYAN
    08DPM14F1030
2) AMIR HAZIQ BIN MAT MUSA 
    08DPM14F1098
3) MUHAMAD ZAIRIE BIN MOHD YUSOF 
    08DPM14F1047
4) AMIR SABIRIN BIN ZAKARIA 
    08DPM14F1043



PENGENALAN

Sejarah awal Malaysia telah pun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan arkeologi  membuktikan beberapa kawasan di Tanah Mealyu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak dari zaman pra-sejarah lagi. Zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 tahun yang dahulu. Pembangunan tamadun yang pesat telah membangunkan ketamadunan semua rakyat Malaysia. Zaman telah berkembang dari Zaman Paleolitik ke Zaman Mesolitik, Zaman Logam higgalah Zaman Proto Sejarah. Perkembangan kebudayaan dan ketamadunan juga bermula dengan kemasukan pengaruh agama seperti agama Islam,Buddha dan Hindu. Melalui latar belakang awal negara ini, kita dapat mengetahui bahawa terdapat banyak berlakunya peredaran zaman dari sejarah awal manusia, pengasasan keraajan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga pendudukan kuasa-kuasa besar asia di Malaysia. Semasa Tanah Melayu dijajah oleh kuasa besar British, terdapat beberapa tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka semua terdiri daripada Ulama'-Ulama' Islam yang terkenal seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah. Tokoh-tokoh ini memainkan pelbagai peranan dalam menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti yang kita ketahui, Sejarah negara ini masih lagi menceritakan tentang kisah Ulama'-Ulama' yang tersohor seperti yang berikut. Kami akan membincangkan tentang peranan Ulama'-Ulama' islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

TOK JANGGUT



BIODATA
- Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
- Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
- Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
- Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
- Mahir dalam ilmu persilatan
- Menetap di Kampung Nering, Kelantan
- Bekerja sebagai petani dan peniaga



♣FAKTOR PENENTANGAN♣

a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.



:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::



Perjuangan jihad oleh Tok Janggut telah dianggap sebagai ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’. Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini. Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil lagi. Beliau menuntut ilmu agama di Makkah. daripada Syeikh Ahmad ketika berusia 52tahun. Dia diberi amanat supaya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung. Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan diletakkan di bawah kuasa Inggeris. Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan. Tok Janggut pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris dan beliau menawarkan diri untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan hokum islam yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Tok Janggut memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan. Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya. Pada 29 April 1915, Tok Janggut bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka. Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Tok Janggut. Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Tok Janggut menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Tok Janggut sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya. Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris. Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja. Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan. Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas. Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka. Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran. Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut. Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura. Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915. Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ. Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati. Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya. Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan



MAT KILAU



** LATAR BELAKANG MAT KILAU **   
o    Nama sebenar Mat Kilau ialah Imam Rasu @ Tok Gajah
o    Dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’
o    Mat kilau ialah anak kepada Tok Gajah dan Teh Mahda
o    Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
o    Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

                 SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU
Mat Kilau  mepunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang, pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah di pecan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding degan Mat Kilau. Ini menunjukkan Hugh Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan dikasihi  oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib),Awang(imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan “Ketua Penderhaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam” pada Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan kepalanya. Luka0luka itu sangat parah dan dia telah mati dalam perjalanan ke Hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah . Dengan tersiarnya berita tentang kematian Mat Kilau oleh akhbar The Straits Free Press pada 22 Oktober 1895,maka pada pendapat umum tamatlah riwayat Mat Kilau . Akan tetapi apa yang sebenarnya yang berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Dimali , Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘Penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan Gambang, semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohammad Bin Ibrahim memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar Bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampong asalnya iaitu Kampung Masid, Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Setelah selesai solat Jumaat, Mat Kilau membaca Al-Quran dan kemudiannya mengishtiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga kerajaan Pahangmenubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan pada pukul 1030 pagi hari khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumumam pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggak dunia akibat keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun 




TOK KENALI


TOK KENALI 


v  Nama sebenarnya ialah Muhammad Yusuf Bin Ahmad
v  Dilahirkan di kampong Kenali pada tahun 1868
v  Sejak kecil sering menonjolkan tanda-tanda kecerdasan yang luar biasa dan kecenderungan dan kepada ilmu pengetahuan
v  Melanjutkan pelajaran di Khota Baru semasa usia 10tahun,kemudian melanjutkan pelajaran di Kota Suci Mekah pada tahun 1886
v  Meninggal dunia pada 19 haribulan November,1933

            Peranan dan Sumbangan Tok Kenali
*      Sejak dari muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan yang begitu tinggi terhadap tugas –tugas penulis dan peranan majalah-majalah serta akhbar-akhbar
*      Pengasas dan pendorong majalah ‘PENGASUH’ ,1918 ( Majalah kedua yang tertua selepas majalah Al-Imam – Syeikh Al Hadi )
*      Tidak meninggalkan hasil-hasil karya yang besar dalam mana-mana bidang pengajian islamiah,namun jasa paling besar ialah keajayaannya melahirkan satu angkatan Ulama’ yang memegang obor pengajian tinggi islam bukan di negeri Kelantan dan Malaya,malah di Thailand, Kemboja dan Indonesia, di separuh pertama abad dua puluh
*      Telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, Nahu saraf, Balaghah dan sistem pelajaran pondok di negeri itu
*      Keahlian beliau dalam bidang-bidang itu merupakan legenda di kalngan ahli-ahli ilmu di zaman itu.
*      Dalam kebanyakan waktu,beliau boleh mengajar tanpa melihat kitab
*      Aktif dalam bidang kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri
*      Berjaya membina dan membuka sebuah pondok yang bernama Pondok Kenali
*      Pernah menyandang pelbagai jawatan seperti :
ü  Anggota Majlis Agama Islam
ü  Anggota Jemaah Ulama’ Kelantan
ü  Ketua Pengarang Pertama Majalah Pengasuh
ü  Ketua Pelajaran Pertama di Pondok Kenali
Menyebarkan pengetahuan agama yang tinggi dan memaj

DATUK BAHAMAN



                           Dato' Bahaman Pahlawan Pahang

Dato' Bahaman Pahlawan Pahang:
·         Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Anugerah itu diberikan kerana kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.
·         Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Sejak awal lagi Dato' Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

FAKTOR PENENTANGAN DATO' BAHAMAN
1)HILANG HAK MENGUTIP CUKAI
Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.
2) PEMBINAAN BALAI POLIS  
Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato' Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.
3) PERLUCUTAN GELARAN
Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.

PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang.
PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.  Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu  Dato' Bahaman di Bentong.

PADA MAC 1892, Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.

PADA 8 MEI 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.

PADA 14 JUN 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

KESIMPULAN: Walaupun Perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, mereka telah memperlihatkan keberanian menentang British. Semangat patriotisme yang ada pada jiwa mereka telah berjaya menggugat kedudukan British di Pahang. Kebangkitan selama empat tahun (1891-1894) telah menyebabkan British menaggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad juga dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.




TOK GAJAH



                           TOK GAJAH


                             PERJUANGAN TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.


Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.