Tuesday, 5 August 2014
PENGENALAN
Sejarah awal Malaysia telah pun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Mealyu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak dari zaman pra-sejarah lagi. Zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 tahun yang dahulu. Pembangunan tamadun yang pesat telah membangunkan ketamadunan semua rakyat Malaysia. Zaman telah berkembang dari Zaman Paleolitik ke Zaman Mesolitik, Zaman Logam higgalah Zaman Proto Sejarah. Perkembangan kebudayaan dan ketamadunan juga bermula dengan kemasukan pengaruh agama seperti agama Islam,Buddha dan Hindu. Melalui latar belakang awal negara ini, kita dapat mengetahui bahawa terdapat banyak berlakunya peredaran zaman dari sejarah awal manusia, pengasasan keraajan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga pendudukan kuasa-kuasa besar asia di Malaysia. Semasa Tanah Melayu dijajah oleh kuasa besar British, terdapat beberapa tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka semua terdiri daripada Ulama'-Ulama' Islam yang terkenal seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah. Tokoh-tokoh ini memainkan pelbagai peranan dalam menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Seperti yang kita ketahui, Sejarah negara ini masih lagi menceritakan tentang kisah Ulama'-Ulama' yang tersohor seperti yang berikut. Kami akan membincangkan tentang peranan Ulama'-Ulama' islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment